Polisi Pengembalian
1.0 Kerosakan dan Isu
Kami mahu anda berpuas hati sepenuhnya dengan pembelian anda. Jika anda menerima item yang rosak atau rosak, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami dalam masa [3 hari] selepas menerima pesanan anda. Kami akan bekerjasama dengan anda untuk mengatur pemulangan, penggantian atau bayaran balik.
Jika terdapat sebarang masalah yang memberikan kesan yang ketara terhadap pengguna, mereka perlu memberikan bukti terlebih dahulu (sebagai contohnya, surat daripada doktor, surat sokongan dan sebagainya).
2.0 Pengecualian
Tempoh Masa
Bagi sesetengah barang yang telah melepasi tarikh 3 hari, mereka tidak lagi layak untuk membuat sebarang permohonan bayaran balik, penggantian produk dan pemulangan produk. Tarikh 3 hari tersebut akan diambil kira bermulanya tarikh penerimaan produk kepada pelanggan.
Kecuaian Pengguna
Produk yang diterima oleh pengguna perlulah digunakan mengikut kesesuaiannya. Jika terdapat sebarang kesilapan penggunaan daripada pengguna, mereka tidak lagi layak untuk membuat sebarang permohonan bayaran balik, penggantian produk dan pemulangan semula.
3.0 Pertukaran dan Bayaran Balik
Pertukaran Produk
Jika wujudnya sebarang pertukaran produk, mereka hanya berhak untuk menukarkan barang tersebut dengan produk, perisa, saiz dan jenis yang sama. Pengguna sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk menggantikan dengan produk yang berlainan jenis.
Bayaran balik
Jika pengguna lebih suka bayaran balik, kami akan memprosesnya sebaik sahaja kami menerima item yang dikembalikan. Bayaran balik akan dikeluarkan kepada kaedah pembayaran asal atau bersesuaian dengan kedua belah pihak.